Ikhlas adalah satu amalan yang sangat berat. Fitnah dunia membuat hati susah untuk ikhlas. Cuba kita renungkan setiap amalan kita, sudahkah terbebas dari maksud duniawi? Sudahkah semuanya murni ikhlas kerana Allah?
Jangan sampai ibadah yang kita lakukan siang dan malam menjadi sia-sia tanpa pahala. Sungguh.. ikhlas memang berat. Urusan niat dalam hati bukanlah hal yang mudah.
Berkata mudah namun hendak menterjemah dalam amal dan perbuatan memang susah.



