Ucapan VC UM.

Kalau ucapan beginilah yang dikatakan perkauman..

Maka Graduan UM, Wong Yan Ke lah yang mengamalkan perkauman..

Sebahagian ucapan Datuk Dr Abdul Rahim :

Kongres yang dianjurkan secara bersama oleh empat buah universiti, mempunyai satu matlamat utama iaitu menyatukan orang Melayu bagi mengangkat semula kegemilangan umat Melayu di negara ini.

Usman Awang pernah berkata “Melayu itu pengembara lautan, melorongkan jalur sejarah zaman. Begitu luas daerah sempadan.

Begitulah hebatnya Melayu. Merentas samudera, meneroka dunia.”

Tetapi, setelah 62 tahun merdeka, adakah kita masih menjadi bangsa yang diangkat maruahnya, dihormati kehebatannya. Tentu tuan-tuan dan puan-puan bertanya-tanya, mengapakah kita berada di sini.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Setahun yang lalu, berlakunya peralihan tampuk kepimpinan negara.

Maka lahirlah harapan orang Melayu untuk melihat masa depan yang lebih terjamin.

Malangnya, peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu, sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu.

Lebih parah lagi, selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan, ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang.

Ekuiti korporat Melayu Bumiputra sekadar 23.4%. Manakala bukan Bumiputra memegang 34.8% dan ekuiti asing 37.2%.

Ini menunjukkan sasaran Dasar Ekonomi Baru masih belum tercapai.

Bukan itu sahaja. Jurang pendapatan isi rumah juga makin melebar, dengan jumlah pendapatan Melayu Bumiputra 3.5 kali ganda lebih rendah berbanding kaum Cina bagi purata Malaysia pada tahun 2016.

Dunia pendidikan pula semakin mencabar.

Pendidikan kebangsaan disaingi oleh pendidikan berasaskan kaum.

Bahasa Melayu bukan lagi tonggak sehinggakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercabar.

Malahan, akhir-akhir ini, hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi raja, mulai dipersoalkan satu-persatu.

Ini adalah ucapan Naib Canselor UM di Kongres Maruah Melayu

Ditanya sama ada dia akan meminta maaf kepada Abdul Rahim atas tindakannya, Yan Ke berkata, perkara itu akan hanya dilakukan sekiranya Naib Canselor itu terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman.
“Dia juga perlu meminta maaf kerana menyalahgunakan kuasanya untuk mengadakan kongres yang berbaur perkauman (sebelum) ini,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/508005/vc-patut-berdepan-dengan-saya-yan-ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s